Sila baca atas risiko anda sendiri. Jika anda menyukai apa yang anda baca, teruskan membaca dan sila datang lagi. Jika ada yang menyinggung perasaan anda, biarkan sahaja dan anda boleh pergi dari sini bila-bila masa sahaja yang anda mahu.

Saturday, December 10, 2011

Fenomena Drama Dan Filem Diadaptasi Dari Novel



Assalamualaikum.


How's your holiday peeps? Masih berombak dan berindu sama filem Ombak Rindu di panggung wayang lagi kah di musim hujan ini? It is a great movie eh? Dengar kata, kutipan mencecah 5.2 juta. Sorry lah, saya tak pergi tengok kat wayang pun walaupun hero feberet semua gadis-gadis di Malaya ni ada dalam filem tu.


Yes, Aaron Aziz is my favourite actor. But it is not a necessary for me to go to the cinema just to watch Ombak Rindu. Why? I am an unemployed. So, no money no movie lah. And one more thing, orang kata cerita ni sedih sampai menangis teresak-esak. So, saya rasa kalau cerita yang sedih sangat ni baik saya tengok dekat rumah sorang-sorang. Lagi seronok nak layan perasaan daripada ramai-ramai dalam panggung wayang. HAHA.



Tapi bukan pasal itu yang saya nak cerita dalam entry ni. Perasan tak makin lama makin banyak novel-novel yang diangkat, dijulang dan diadaptasi oleh drama dan filem tempatan? Perasan kan? Makin banyak kan? Contoh paling jelas, fenomena Ombak Rindu yang sedang melanda di panggung wayang sekarang ni.

It is a good way untuk menghargai para novelis sekalian yang selama ini bertungkus lumus menyiapkan novel mereka sekaligus novel mereka serta nama mereka diangkat dan dijulang. Yes, indeed. 

Tapi ada pro dan kontranya disini. Yelah, setiap perkara itu memang ada kebaikan dan keburukannya. Memang tak dapat dinafikan dan disangkal lagi lah. So here I am, menaip entry ini untuk menyatakan pendapat saya yang mungkin tak semua orang setuju. But, who cares? Ini hanya pendapat sahaja.



Here's my point:

Bila novel dijadikan sebagai drama/filem, sebenarnya ia sangat bagus. Sebab? Bila kita hanya membaca, kita cuma membaca sambil berimaginasi sahaja. Setiap penceritaan yang ada dalam novel itu, kita tak dapat tengok dengan jelas. Maka, akan ada yang tak berapa faham dengan situasi sebenar yang para novelis cuba sampaikan dalam novel mereka. 

Jadi, dengan adanya filem/drama yang diadaptasi dari novel ini, maka para pembaca akan lebih faham dan nampak dengan jelas situasi yang tak tergambar dalam novel.

Malahan, mereka yang bukan penggemar novel akan mula mencari-cari novel yang telah dijadikan sebagai drama/filem yang mereka sudah pun menontonnya samaada di kaca televisyen mahupun di panggung wayang. Mungkin mereka rasa macam, tak puas dengan hanya tengok drama/filem, jadi mereka nak baca pula versi novel walaupun sebenarnya mereka bukanlah minat sangat nak baca novel. Ini adalah kelebihan untuk para novelis untuk mengaut keuntungan selepas hasil karya mereka ditayangkan sebagai drama/filem. Berganda-ganda keuntungannya. Alhamdulillah, murah rezeki.

Untuk pihak pembuat drama/filem pula, mereka tak perlu runsing pasal peminat novel. Sebab apa? Sebab, mestilah setiap novel tersebut sudah pun memiliki peminat tersendiri. Jadi, mereka tak perlu fikir pasal siapa yang nak pergi tengok drama/filem mereka. Sudah tentu lah sekiranya novel yang disukai para penggemar novel apabila diadaptasi sebagai drama/filem, penggemar novel tersebut akan pergi tengok drama/filem itu. So, ini kelebihan pada pihak pembuat filem. Lebih-lebih lagi jika drama/filem itu adalah adaptasi dari novel yang popular.



Tapi, ye, ada tapinya. Disebabkan novel yang kadangkala tebal helaiannya mencecah 300-500 muka surat, maka tak semua babak yang ada dalam novel tersebut akan dipaparkan dalam drama/filem. Kita yang baca novel ni rasa bila tengok drama/filem mesti akan kata macam ni, ''eh mana babak yang bla bla bla tu? tak dek dalam drama/filem ni ke?'', ''sayangnya.. kalau babak tu ada dalam drama/filem ni mesti lagi best''. 

Haa, itu kekurangannya. Banyak babak yang akan dipotong sebab masa untuk drama/filem ini sangatlah terhad. Misal kata drama, takkan novel setebal 300-500 muka surat tu nak boleh nak didramakan selama paling kurang satu jam dalam tempoh 2 bulan? Kalau filem pula, takkan novel setebal 300-500 muka surat tu nak boleh nak difilemkan selama paling kurang dua jam? Mustahil kan?

Jadi kadang-kadang ada penggemar novel yang lebih suka membaca novel sahaja dari melayan drama/filem yang diadaptasi ni. Bukan tak nak tengok, tapi sebab memang kompem lah takkan sebijik, 100% sama dengan novel yang dibaca itu. Yelah, nama pun diadaptasi sahaja kan?

Lagi satu, terkadang, terdapat sesetengah babak yang tak sepatutnya dipaparkan untuk tontonan para penonton. Cukuplah sekadar babak itu hanya ada dalam novel sahaja. Drama/filem ni bukan setakat orang dewasa sahaja yang tengok, tapi anak-anak remaja pun turut tengok juga. Sebagai contoh, filem Ombak Rindu. Ada babak yang tak sepatutnya dipaparkan dan pihak produksi sepatutnya lebih peka.



Okay, rasanya itu jelah kot. Dah panjang sangat dah entry ni. Kalau ada yang nak tambah, silakan tambah.



6 komen dari pengendap:

kyo_9 said...

babak apa yg x sepatutnya ada ek?
kan lepas jer dari lembaga penapis filem? ;p

Tautan Qaseh said...

i prefer reading than watching..save money coz can read it as many as we want.. :)

NINI said...

kyo_9; memang lepas dari lembaga penapis filem. tapi kita as penonton, kita boleh nilai yang mana okay dan yang mana k.o

Tautan Qaseh; yes, indeed :)

shiza said...

bleh share,cerita drama vanilla coklat ada novel ke?

shiza said...

bleh share cerita drama vanilla coklat ada novel x?

NINI said...

shiza; saye rase, vanilla coklat tak dek novel and tak diadaptasi dari novel.

Related Posts with Thumbnails